THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Saturday, January 30, 2010

BANGKITLAH

Bangkitlah kau bangkit…
Bangkitlah kau dari tidurmu…
Lamanya kau terjaga…
Hinggakan tidak kenal dunia…
Hanyutnya kau dengan mimpi…
Hingga engak tau diri…
Janganlah kau berpoyo…
Nanti jadi tidak betul…
Selalunya kau berkhayal…
Hingga tak tahu apa terjadi …
Kuatnya kau termenung...
Sampai tak sedar apa berlaku …
Jauhnya kau hanyut…
Entah kemana...

Bangkitlah kau bangkit..
Bangkitlah kau dari kejatuhan..
Usahlah kau menangis…
Janganlah kau bersedih…
Usahlah kau berduka…
Nanti kau terluka…
Tabahlah kau tabah…
Dalam melakukan sesuatu…
Langkahlah ke depan…
Jangan langkah ke belakang…
Teruskan mencuba…
Selagi engkau mampu…
Tingkatkan usaha…
Untuk mencapai cita-cita…
Usahlah kau berputus asa…
Disebabkan diri tidak berkuasa.

Friday, January 29, 2010

DUGAAN HIDUP

Hidup...
Banyak dugaannya
Tidak kira kecil atau besar
Selagi usia dikandung badan
Selagi itulah ia bersemi
Selagi berdegupnya jntung
Selagi itulah ia berjalan
Mengelilingi kehidupan
Mengganggu konstrasi jiwa
Pernah juga merasa "give up"
Tapi sampai bila.

Hidup...
Harus pandai berdikari
Sampai bila nak bergantung pada seseorang
Jangan biarkan
Yang kuat di atas
Yang lemah di bawah
Yang cerdik kuasai dunia
Yang biasa selalu dihina
Belajarlah sendiri
Untuk kenali diri
Tahulah kelebihan diri
Kenallah kelemahan diri.

Sunday, January 17, 2010

APA YANG AKU FIKIRKAN

Fikir,fikir dan terus berfikir…
Apa yang aku fikirkan…
Apa yang sedang aku fikirkan…
Dan apa yang aku terfikirkan…
Aku tidak tahu…
Apa yang aku fikirkan…
Tapi aku tahu…
Aku sedang fikirkan sesuatu…
Apakah itu???
Aneh,aneh sungguh aneh…
Berfikir tentang apa…
Dan memikirkan tentang apa…
Aku tidak tahu…
Langsung tak tahu…

Masuk,masuk dan terus masuk…
Menyusuk di kepala turun ke hati…
Menyelubungi jiwa keras di kepala…
Bermain di minda mengganggu fikiran…
Selalunya begini…
Bukan sekali,bukan dua dan bukan tiga…
Tapi berkali-kali…
Seringnya terjadi…
Entah mengapa…
Tak tahu kenapa…
Fikir,fikir dan terus berfikir…
Memikirkan benda yang tak tahu apa…

Thursday, January 14, 2010

ANEHNYA RASA

Ada masa diri terdiam...
Mulut membisu...
Jiwa terpaku.

Entah mengapa...
tak tau kenapa...
Diselami rasa ...
Resah gelisah...
Terkedu rasa...
Diulit masa...
Kadang kala ok..
kadang kala tidak...
Bila terasa seksanya jiwa...
Bila terkena pedihnya rasa...
Kenapa begini...
Mengapa begitu...
Datangnya tak dipinta...
Mengharap pada perginya dia...
Bukan tak suka...
tapi tak diminta.

Arghh!!
Seksanya jiwa..
Kenapa??Kenapa??Kenapa??
Datangnya ada penyebab...
Perginya tiada sebab...
Bila terfikir anehnya rasa...
Entahlah..
Tak tau mengapa....

Tuesday, January 12, 2010

BURUKNYA SI PEMBURUK.

Buruknya si pemburuk
Yang buruk tetap buruk
Yang tak buruk diburukkan
Yang buruk sedang diburuknya
Yang telah buruk masih lagi buruk
Yang buruk lagilah buruk

Mukanya buruk hatinya buruk
Badannya buruk berpakaian buruk
Bunyinya buruk cakapnya buruk
Tulisnya buruk agamanya buruk
Fikirnya buruk mukanya buruk
Perangainya buruk nampaknya teruk

Lagaknya buruk dirinya buruk
Bangsanya buruk agamanya buruk
Ludahnya buruk kumurnya buruk
Nafsunya buruk hatinya buruk
Umurnya buruk tempatnya buruk
Gayanya buruk imejnya buruk

Bapanya buruk emaknya buruk
Ibunya buruk ayahnya buruk
Anaknya buruk dianya buruk
Abangnya buruk kakaknya buruk
Adiknya buruk keluarganya buruk
Dengarnya buruk cakapnya buruk
Rasanya buruk lihatnya buruk
Baunya buruk nafasnya buruk
Telannya buruk muntahnya buruk
Kawasannya buruk semuanya buruk.

Buruknya si pemburuk burukkah buruk yang pemburuk telah burukkan? Yang tidak buruk diburukkan yang telah buruk masih lagi buruk…

Entah-entah dia lagi buruk
Buruk pemburuk lagi buruk
Pemburuk buruk tetap buruk
Buruk!!Apa yang diburukkan???

Friday, January 8, 2010

SEDARLAH...

Sedarlah sedar…
Sedarlah kamu sedar….

Kenapa ada manusia sebodoh ini???
Kenapa ada manusia setolol ini???
Kanapa ada manusia sebingung ini???
Kenapa ada manusia sebegini???

Sedarlah kamu sedar…
Sedarlah bahawa kamu diperbodohkan,
Sedarlah bahawa kamu dipermainkan,
Sedarlah bahawa kamu dipergunakan,
Sedarlah bahawa kamu diperlekehkan,

Janganlah kamu membiarkan dirimu dibodohkan,
Janganlah kamu membiarkan dirimu dimainkan,
Janganlah kamu membiarkan dirimu digunakan,
Janganlah kamu membiarkan dirimu dilekehkan.

Kenapa kamu harus menyayangi orang yang tidak pernah sayang padamu???
Kenapa kamu selalu fikirkan orang yang tidak pernah memikirkanmu???
Kenapa kamu selalu mengingati orang yang tidak pernah mengingatimu???
Kenapa kamu selalu ingatkan orang yang x pernah ingat padamu???
Kenapa kamu selalu peduli orang yang tidak pernah peduli tentang dirimu???
Kenapa kamu selalu mengambil berat kepada orang yang tidak pernah mengambil berat tentangmu???

Kenapa kamu masih mengejar si dia sedangkan kamu tahu dia tidak akan menjadi milikmu untuk selama-lamanya, sedangkan kamu tahu dia tidak akan balik denganmu, sedangkan kamu tahu dia tidak menyayangimu. Sedarlah bahawa dia sedang mempermainkanmu, memperbodohkanmu, mempergunakanmu, memperlekehkan dirimu. Ketahuilah kamu bahawa cinta kamu padanya tidak pernah akan terbalas. Walau sayangnya kamu terhadap si dia itu tidak bererti dia akan sayang padamu apatah lagi menjadi milikmu untuk selama-lamanya. Sedarlah kamu, sedarlah!

[Sanggupnya kau mengejar cahaya sedangkan bintang yang kau miliki tidak terjaga.]

Saturday, January 2, 2010

DISITU JALANNYA

Setiap manusia punyai kehidupan…
Setiap kehidupan mesti berbeza…
Apakah kamu tahu kehidupan sendiri???
Adakah kamu tahu kelebihan diri???
Dan adakah kamu tahu kekurangan diri???

Semua orang punyai kelebihan…
Dan semua orang punyai kekurangan…
Bila kekurangan pada diri tiba…
Mulalah rasa resah gelisah…
Ada yang kuat dan ada juga yang lemah…
Biasa yang lemah akan berputus asa…
Adakah ini penyelesaiannya???

Perjalanan seseorang penuh dugaan dan cabaran…
tidak kira di kiri atau kanan…
Keseorangan menempuh ujian
Untuk meneruskan perjuangan…
Janganlah kamu mudah mengalah…
Janganlah pernah kamu berputus asa…
Restu ayah bonda perlu dipinta…
Percayalah ALLAH sentiasa di sisi kamu.

Walau susah kamu mesti tabah..
Demi mencapai segala impian…
Jika suatu ketika langkah tidak terdaya..
Berkat doa dan usaha ALLAH maha esa..
Dapatlah kamu mencapai cita-cita..