THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Friday, January 8, 2010

SEDARLAH...

Sedarlah sedar…
Sedarlah kamu sedar….

Kenapa ada manusia sebodoh ini???
Kenapa ada manusia setolol ini???
Kanapa ada manusia sebingung ini???
Kenapa ada manusia sebegini???

Sedarlah kamu sedar…
Sedarlah bahawa kamu diperbodohkan,
Sedarlah bahawa kamu dipermainkan,
Sedarlah bahawa kamu dipergunakan,
Sedarlah bahawa kamu diperlekehkan,

Janganlah kamu membiarkan dirimu dibodohkan,
Janganlah kamu membiarkan dirimu dimainkan,
Janganlah kamu membiarkan dirimu digunakan,
Janganlah kamu membiarkan dirimu dilekehkan.

Kenapa kamu harus menyayangi orang yang tidak pernah sayang padamu???
Kenapa kamu selalu fikirkan orang yang tidak pernah memikirkanmu???
Kenapa kamu selalu mengingati orang yang tidak pernah mengingatimu???
Kenapa kamu selalu ingatkan orang yang x pernah ingat padamu???
Kenapa kamu selalu peduli orang yang tidak pernah peduli tentang dirimu???
Kenapa kamu selalu mengambil berat kepada orang yang tidak pernah mengambil berat tentangmu???

Kenapa kamu masih mengejar si dia sedangkan kamu tahu dia tidak akan menjadi milikmu untuk selama-lamanya, sedangkan kamu tahu dia tidak akan balik denganmu, sedangkan kamu tahu dia tidak menyayangimu. Sedarlah bahawa dia sedang mempermainkanmu, memperbodohkanmu, mempergunakanmu, memperlekehkan dirimu. Ketahuilah kamu bahawa cinta kamu padanya tidak pernah akan terbalas. Walau sayangnya kamu terhadap si dia itu tidak bererti dia akan sayang padamu apatah lagi menjadi milikmu untuk selama-lamanya. Sedarlah kamu, sedarlah!

[Sanggupnya kau mengejar cahaya sedangkan bintang yang kau miliki tidak terjaga.]

0 comments: